PDTS terima Anugerah Kualiti 1999...

Bandar Permaisuri, 13 April 2000 - Pejabat Daerah & Tanah Setiu telah memenangi salah satu anugerah yang berprestij di peringkat kebangsaan. Anugerah yang dimaksudkan ialah Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam 1999 .

         Anugerah tersebut akan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Halim Ali. Majlis penyampaian anugerah ini akan dihadiri oleh wakil seluruh jabatan kerajaan di Malaysia. Penyampaian anugerah ini menandakan penghargaan serta pengiktirafan Jabatan Perdana Menteri kepada jabatan kerajaan yang mempamerkan tahap kualiti yang cemerlang khasnya kakitangan jabatan berkenaan. Ia juga bertujuan meningkatkan lagi keazaman setiap jabatan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan. PDTS telah dianugerahkan  Anugerah Kualiti Ketua Pengarah MAMPU 1999.Hadiah merupakan wang tunai RM5,000.00, sebuah piala dan sijil penghargaan.

           Anugerah telah diterima oleh Pegawai Daerah Setiu  di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dalam satu majlis warna warni.   

Back