GERAKAN BANTUAN BENCANA ALAM (BANJIR) DAERAH SETIU TAHUN 1999 / 2000

Setiap kali musim hujan tiba banjir sering melanda kawasan-kawasan yang rendah di Daerah Setiu.Sebagai persediaan dan bagi menyelaras kerja-kerja membantu seberapa daya yang boleh kepada penduduk -penduduk yang mengalami kesulitan-kesulitan yang besar akibat banjir maka Jawatankuasa Bencana Alam (Banjir) Daerah Setiu bagi tahun 1999/2000 telah ditubuhkan pada 10 Oktober 1999.

Diantara tugas jawatankuasa ini ialah menyediakan kemudahan sistem komunikasi, mengadakan Pusat-pusat Pemindahan, menyimpan rekod kawasan-kawasan yang mudah banjir untuk dijadikan sebagai garis panduan perancangan, menyimpan rekod-rekod sungai dan paras air sungai untuk dijadikan sebagai garis panduan perancangan, mengadakan Pengkalan Hadapan, mengadakan sistem amaran banjir serta menyediakan pasukan penyelamat dan kemudahan  pengangkutan.

Jawatankuasa Bencana Alam (Banjir) Daerah Setiu di pengeusikan oleh En Azlan bin Mohd Dagang, Pegawai Daerah Setiu manakala Ketua Penolong Pegawai Daerah Setiu sebagai Setiausaha. AhliJawatankuasa terdiri daripada Ketua Polis Daerah Setiu, Timbalan Yang DiPertua Majlis Daerah Setiu, Penolong Pegawai Daerah Setiu, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Setiu, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Setiu, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Pegawai Penerangan Daerah Setiu, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Setiu, Pegawai Memerintah Batalion Ke 18 Seberang Takir Kem Kuala Terengganu, Penolong Pentadbir Tanah 1, Penolong Pentadbir Tanah 11, Pegawai Kesihatan Daerah, Pegawai kebajikan Masyarakat Daerah, Jurutera Wilayah Jabatan Pengairan Dan Saliran, Pegawai Penjaga Bomba Daerah, Pegawai RELA Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Tasik, Penghulu Mukim Chalok 1, Penghulu Mukim Chalok 11, Penghulu Mukim Merang, Penghulu Mukim Huklu Nerus 1, Penghulu Mukim Hulu Nerus 11, Penghulu Mukim Guntong, Penghulu Mukim Pantai , Penyelia Kanan KEMAS dan Komander Briged Kebajikan perdana

Bila berlaku banjir Bilik Gerakan Bantuan Banjir akan dibuka di Pejabat Daerah, Pengerusi Bilik Gerakan ini ialah Pegawai Daerah dan dibantu oleh Ketua Polis Daerah sebagai Timbalanya manakala Ketua Penolong Pegawai Daerah akan menjadi Setiausahanya.

Berita banjir akan diperolehi melalui sumber-sumber berikut :-

    1. Polis
    2. Jabatan Pengairan dan Saliran Setiu
    3. Penghulu Mukim
    4. Jabatan Kerja Raya Setiu

Tempat menyukat banjir telah ditetapkan di empat (4) tempat iaitu di Kg. Langkap, Kg. Pengkalan Merbau, Permaisuri dan Jambatan Sungai Tayor. Paras amaran banjir adalah sepertimana berikut:

Tempat

Paras Biasa (m)

Berjaga (m)

Amaran (m)

Bahaya(m)

Permaisuri

Kg. Langkap

Kg.Pengkalan Merbau

6.5

17.60

12.00

7.30

20.50

15.20

7.90

21.00

15.90

8.5

21.50

16.50

Bilik Gerakan Banjir Daerah akan dibuka apabila air mencapai tahap amaran. Semua Pegawai yang telah disenaraikan bertugas hendaklah melaporkan diri ke Bilik Gerakan Banjir Daerah dengan segera.

Di Peringkat Kawasan "Bilik Gerakan Kawasan / Sektor"  akan diwujudkan  dan akan di kawal oleh seorang Pegawai pengawas sepertimana berikut :

Sektor

Mukim

Pusat Operasi

Pegawai Pengawas

1

Guntong/Pantai Rumah Penghulu Mukim Guntong En. Alias Bin Mamat (PPT 11)

11

Chalok 1 Balai JKKK Chalok Kedai En. Yusof Bin Daud (Penghulu)

111

Chalok 11/ Tasik Pejabat Daerah Haji Wan Majid Bin Wan Abdullah (KPPT)

1V

Hulu Nerus 1 Dewan Orang Ramai Seri Langkap Encik Jahani bin Ismail (PPT 1)

V

Hulu Nerus 11 Balairaya Bukit Nenas Wan Ahamad b. Wan Muda (PPD)


Bagi menyelaras kerja-kerja bantuan banjir Jawatankuasa kecil mengikut fungsi ditubuhkan sepertimana berikut:

Jawatankuasa

Pengerusi

1. Perbekalan dan bantuan Pegawai Kebajikan Masyarakat
2. Pusat Perpindahan Pegawai Pendidikan Daerah/ Penghulu
3. Pengangkutan Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya
4. Kesihatan Pegawai Kesihatan Setiu
5. Tenaga Manusia Pegawai Belia & Sukan/RELA/Komander, Briged Kebajikan Perdana
6. Penerangan Pegawai Penerangan Daerah

Suatu aspek penting  dalam gerakan bantuan banjir ialah penubuhan Pengkalan Hadapan bagi penghantaran awal bekalan sebelum banjir tiba. sebanyak 23 buah Pengkalan Hadapan diwujudkan Pengkalan Hadapan bagi daerah ini ialah :-

  1. Balai JKKK Kg. Merang
  2. Masjid Kg. Langkap
  3. Balairaya Kg. Padang
  4. Masjid Kg. Guntong Luar
  5. Masjid Kg. Guntong Dalam
  6. Balairaya Kg. Che Mohid
  7. Balairaya Kg. Payong
  8. Balairaya Kg. Alor Lik
  9. Balairaya Kg. Bukit Genting, Pelong
  10. Balairaya Kg. Pak Ba
  11. Balairaya Kg. Bukit Nenas
  12. Dewan Sivik Kg. Sri Langkap
  13. Balairaya Kg. Bukit Aman
  14. Balairaya Kg. Pancur Merah
  15. Balairaya Kg. Bukit Munduk
  16. Dewan Sivik Kg. Gong Terap
  17. Balairaya Kg. Che Long
  18. Surau Kg. Bukit Lawang
  19. Balairaya Kg. Bukit
  20. Masjid Kg. Kasar
  21. Balairaya Kg. Merbau Menyusup
  22. Surau Kg. Padang Serai
  23. Surau Kg. Kederang

Setiap kawasan yang ditenggelami banjir akan mewujudkan  Pusat-pusat Pemindahan. Telah diputuskan bahawa balairaya dan sekolah-sekolah hendaklah dijadikan Pusat-pusat Pemindahan.