BANJIR DATANG LAGI

1 Mac 2000 - Paras air di Sungai Setiu mengikut bacaan JPS ialah 8.80 meter di atas paras bahaya (8.50 meter) ekoran daripada hujan lebat yang melanda di daerah ini sejak malam tadi.  Sehingga berita ini ditulis, air hulu mulai turun dan menenggelami kawasan rendah seperti di Kawasan Kg. Tasik dan Kg. Nyatuh.   Jawatankuasa Banjir Peringkat Daerah telah mengadakan mesyuarat tergempar tengahari tadi bagi menghadapi sebarang kemungkinan ekoran daripada laporan akhbar yang menyatakan hari ini dan esok diramalkan akan berlaku hujan ribut.
Semua Penghulu Mukim diarah memastikan segala persiapan dalam menghadapi bencana banjir ini dapat berjalan lancar.  Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi jaminan bekalan bagi mangsa banjir sekiranya terpaksa berpindah adalah mencukupi.  Oleh kerana JKKK telah dibubarkan pada 29 Februari 2000, Pegawai Daerah mengharapkan supaya Jawatankuasa Syura Rakyat mengambilalih tugas penyelarasan di Pusat-pusat Perpindahan Banjir.      ...... Buletin pdts
                                                                  Back