Make your own free website on Tripod.com
buletinpdts

JALUR GEMILANG TERUS BERKIBAR

Setiu- 20 Ogos- Jalur Gemilang terus diwawancarakan, setelah bertapak di bumi Setiu selama  dua hari Jalur Gemilang terus berkibar megah dipersada bumi yang bertuah ini.  Kini Jalur Gemilang terus dibawa berarak dalam Larian Bendera 'KERANAMU MALAYSIA'.   Jalur Gemilang yang penuh gemilang Larian Bendera diteruskan di bumi .Jam 8.00 pagi para peserta larian bendera berkumpul diperkarangan tempat letak kereta Pejabat Daerah Setiu. Sebahagian daripada peserta ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan daerah Setiu.

ladera.gif (58190 bytes)

Para peserta Larian Bendera berkumpul sebelum dilepaskan oleh Pegawai Daerah Setiu.


Larian ini bermula diperkarangan pejabat daerah Setiu,  seterusnya menuju ke Pusat Bandar Permaisuri dan berhampiran Perpustakaan Setiu, Jalur Gemilang dibawa silih berganti menuju ke Pekan Sri Langkap.

ladera1.gif (61996 bytes)

Ketibaan Jalur Gemilang di Pekan Sri Langkap telah disambut oleh Ahli Parlimen Setiu En. Ghani bin Ambak dan YB Ustaz Rozali bin Mohamad ADUN Permaisuri serta penduduk disekitar Pekan Sri Langkap yang menyertai Larian Bendera.


Sebelum Larian bendera dikibarkan menghampiri Bandar Di Bawah Tasik,Hulu Terengganu, para peserta sempat meluangkan masa untuk mengabadikan kenangan' KERANAMU MALAYSIA'.

foto.gif (40544 bytes)

Jalur gemilang terus berkibar, kini larian jalur gemilang menghampiri bandar Kuala Berang, kelihatan dikiri kanan jalanraya penduduk setempat,tak kira muda mahupun yang tua tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan sendiri Larian Bendera ini.KERANAMU MALAYSIA

kberang.gif (17633 bytes)
semangat cintakan negara

Jalur Gemilang telah memasuki Bandar dan kini menuju ke Pejabat Daerah Hulu Terengganu. Cabaran Jalur Gemilang akan diserahkan   kepada Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

kberang1.gif (64195 bytes)
Larian Bendera dari peserta daerah Setiu berada di Bandar Kuala Berang

kkpdht.gif (36954 bytes)
Jalur Gemilang kini bertapak dibumi Bandar Di Bawah Tasik, dan kibaranya yang gagah perkasa akan dibawa berlari menuju ke Bandar Kuala Terengganu.
Jumpa Lagi Di Tahun Hadapan'
KERANAMU MALAYSIA

Back