Perjumpaan YB Tun Haji Mohd Salleh Abas, Pengerusi J/Kuasa Hisbah dan Tugas -Tugas Khas dengan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri di Daerah Setiu
 

PERMAISURI, 13 Feb 2000 -Pengerusi Jawatankuasa Hisbah yang ditubuhkan oleh Kerajaan PAS Terengganu  telah mengadakan perjumpaan dengan   Pegawai - Pegawai Tadbir Negeri di bilik gerakan Pejabat Daerah Setiu. Perjumpaan yang diadakan ini bertujuan memberi penjelasan berhubung dengan peranan dan tugas jawatan kuasa ini.

tun.jpg (2467 bytes)

              Menurut YB Tun Pembentukan Jawatankuasa Hisbah dibuat bagi mewujudkan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan dan bagi mengendalikan aduan-aduan yang dibuat oleh rakyat.

              Kini jawatankuasa ini sedang dalam proses menyiapkan terma-terma rujukan bagi membolehkan ia berfungsi secepat mungkin. Selain itu, kerajaan negeri juga sedang dalam proses melatih pegawai-pegawai bagi menjalankan pelbagai tugas yang akan dikendalikan oleh jawatankuasa tersebut.Beliau berkata, jawatankuasa itu akan memulakan tugasnya setelah semua keperluannya, termasuk kakitangan yang akan melakukan siasatan, disediakan sepenuhnya.

              Laporan dan hasil siasatan jawatankuasa hisbah akan dikemukakan kepada pihak berkuasa, termasuk Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika ada bukti jelas .  Beliau berkata jawatankuasa hisbah berkenaan tidak akan bertindak di luar bidang kuasanya, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang melakukan kegiatan berunsurkan jenayah.

             Perjumpaan yang mengambil masa satu setengah  jam berlangsung dengan penuh muhibah dan kemesraan ini di hadiri oleh YB Ustaz Hj Hassan Salleh, YB Ustaz Abdul Aziz Abas, En. Adzlan bin Mohd Dagang, En Kamaludin Ismail, Tuan Hj Wan Abd. Majid Wan Abdullah, Tuan Hj. Wan Mustafa Wan Hassan, Tuan Hj. Md Kamarul-Amin Ismail, En. Wan Ahmad Wan Muda, En Jahani Ismail, En. Alias Mamat dan En Yusuf Ali. 



Back