Inovasi-inovasi yang diperkenalkan kepada
panel penilai anugerah kualiti perdana menteri 1999

panel01.JPG (40526 bytes)

Ketibaan Ketua Pengarah MAMPU Datuk Dr. Muhammad Rais Abdul Karim disambut oleh Pegawai Daerah dan Pegawai Kanan Pejabat Daerah dan Tanah Setiu.
pbullet2.gif (193 bytes)

Lawatan pertama ialah melihat Inovasi Sistem maklumat kakitangan .Sistem yang diperkenalkan dapat memaparkan imej kakitangan serta biodata. Maklumat ini dapat digunakan  untuk berbagai tujuan.

panel03.JPG (40675 bytes)
Barisan Panel Penilai melangkah masuk ke ruang kaunter Pejabat

Sistem pemantauan projek pembangunan yang menggunakan program SISPRO.   Sistem yang dibangunkan ini dapat melicinkan dan  memantau perlaksanaan projek yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah. 

pbullet1.gif (184 bytes)


Pemandangan Kaunter Yang Selesa

Inovasi seterusnya yang dtunjukkan ialah Inovasi pengurusan majlis dan jemputan.Sistem ini mampu mengeluarkan surat-surat dan kad jemputan dalam masa yang singkat. Pengendali hanya perlu memasukkan kertas serta sampul ke dalam printer sahaja. 
pbullet2.gif (193 bytes)
Penolong Pentadbir Tanah 1 memberi taklimat mengenai BGT (Bilik Gerakan Tanah) yg diwujudkan bagi memantau perlaksanaan maklumat tanah terutamanya progres kerja dalam urusan tanah.Ianya sentiasa dikemaskini supaya Pentadbir Tanah dan Jawatankuasa Tanah dapat membuat pemantauan.
pbullet2.gif (193 bytes)
panel10.JPG (36079 bytes)

pbullet1.gif (184 bytes)
En Azlan Mohd Dagang menerangkan konsep Perkampungan Budaya Bintang yang telah diluluskan peruntukan oleh Kementerian Pelancungan Malaysia sebanyak satu juta kepada Ketua Pengarah MAMPU dan barisan panel hakim semasa melawat Pamiran pembangunan yang memaparkan galeri aktiviti yang telah dilaksanakan di Pejabat Daerah dan Tanah Setiu. 

En Alias bin Mamat Penolong Pentadbir Tanah II sedang menerangkan Inovasi sistem gaji, penyediaan baucher dan tuntutan perbatuan berkomputer.Kaedah yang digunakan telah dapat meringankan beban tugas Kerani Kewangan. Ia juga dapat  mempastikan kecacatan menaipketahap zero.  
pbullet2.gif (193 bytes)

 pbullet1.gif (184 bytes)
Pegawai Petempatan menunjukkan penyediaan  pelan melalui program civil cad. Ploting pelan dibuat secara berkomputer. Hasilnya cepat dan tepat.

 pbullet1.gif (184 bytes)
Penolong Pentadbir Tanah II memberi penerangan mengenai inovasi proseskerja pembangunan tanah yang meliputi urusan pecah bahagian/sempadan,Tukar Syarat Tanah pertanian dan juga bangunan. Barisan panel juga diberipenerangan mengenai sistem pemantauan pungutan hasil. Malalui sistem iniJumlah kutipan dan baki pungutan akan berubah setiap hari.

pbullet2.gif (193 bytes)
Pengerusi Panel Penilai  Datuk Dr. Muhammad Rais bin Abdul Karim diperhatikan oleh Tuan Haji Wan Nawawi wakil SUK Terengganu sedang Memeriksa Dokumen Pelaksanaan MS ISO 9002 Pejabat Tanah  dimana Urusan pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga melalui sistem pendaftaran tanah berkomputer dipilih sebagai core bussines.

 pbullet1.gif (184 bytes)
Bilik Kebal bagi penyimpanan geran yang kemas dan selamat. Bilik kebal merupakan suatu keperluan yang sangat penting di pejabat Tanah. Disinilah   tersimpannya rekod-rekod penting berkaitan hakmilik tanah.

pbullet2.gif (193 bytes)
Datuk Dr. Muhammad Rais meneliti Inovasi sistem kerja berkomputer pengambilan balik tanah bersama ahli panel. Sistem ini dapat meringkaskan proses kerja dimana kemasukan data hanya dibuat oleh Pegawai Petempatan.

pbullet1.gif (184 bytes)
En Jahani bin Ismail Penolong Pentabir Tanah I menerangkan konsep Setiu Cyberlink, Homepage Jabatan serta Kios Maklumat Daerah kepada barisan panel hakim. Setiu Cyberlink adalah visi jabatan untuk menjadikan Daerah Setiu lebih maju dalam

bidang IT berbanding dengan daerah-daerah lain di Malaysia. Dalam Setiu Cyberlink semua jabatan  dan agensi yang bertanggung jawab memajukan dan membangunkan Daerah Setiu menyediakan laman web masing-masing . Jabatan berkenaan juga mewujudkan perkhidmatan e-mail bagi kemudahan pelanggan.  Maklumat dan perkembangan semasa di Daerah Setiu dapat diperolehi dalam buletin PDTS                    .