buletin2000a.jpg (7757 bytes)
KURSUS MEMBINA HOMEPAGE

PDTS 8 Ogos 2000 -  Seramai 11 orang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Setiu telah dipilih untuk mengikuti Kursus Membina Homepage Peringkat Pejabat Daerah dan Tanah Setiu.  Kursus ini dikendalikan oleh Encik Jahani bin Ismail, Penolong Pentadbir Tanah 1 Setiu.  Ia telah bermula pada 6 - 8 Ogos 2000 bertempat di Bilik Mesyuarat I, Pejabat Daerah Setiu.  Kursus ini merangkumi dari peringkat Membina Laman Web sehinggalah didokumentasikan sebagai sebuah homepage peribadi.

Tujuan Pejabat Daerah dan Tanah Setiu menganjurkan kursus ini adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada kakitangan betapa pentingnya Teknologi IT masakini dan akan datang sejajar matlamat Pejabat Daerah dan Tanah Setiu menjadikan budaya IT kepada kakitangan dan penduduk Setiu secara keseluruhannya. 

Diantara kakitangan yang terpilih mengikuti kursus ini ialah sepertimana berikut :-


Encik Mohd Shamsuri bin Mohamad                 shamsuri@ikhlas.com
Encik Mohd Suhaimi bin Zainum                       sumiee_99@hotmail.com
Encik Yahya bin Abdullah                                 yahya_007@hotmail.com
Encik Abdul Rahman bin Umor                         man2000@ikhlas.com
Puan Zurita bt Abu Bakar                                 zuriabu@hotmail.com
Puan Roswati bt Mohamad                               rosmi2k@hotmail.com
Cik Hasnah bt Mohd Yusof                              suhasmy@ikhlas.com
Cik Fatimah bt Umor                                        izah027@ikhlas.com
Cik Wan Rusini bt Wan Muhammad                 tinie67@hotmail.com
Cik Liza bt Haji Manaf                                     iman97@hotmail.com
Cik Norizan bt Hanapi                                     canberry99@hotmail.com


Mereka telah didedahkan bagaimana cara Membina Homepage melalui Program Frontpage 98 dengan Format HTML dan seterusnya 'menupload' fail-fail yang telah dibina ke server yang telah dipilih.  Sebelum itu setiap peserta dikehendaki mendaftar e-mail masing-masing sepertimana di atas.

Setelah mendaftar e-mail, peserta dilatih pulan untuk mendaftar tapak homepage di server mengikut pilihan masing-masing.  Diantara 'address homepage' yang telah berjaya dibina ialah sepertimana berikut :-

Encik Suhaimi bin Zainum                                 http://members.xoom.com/sumiee/
Encik Yahya bin Abdullah                                http://yahya008.tripod.com
Encik Abdul Rahman bin Umor                        http://izzar2000.tripod.com
Cik Liza bt Haji Manaf                                    https://members.tripod.com/nieza48
                                                                      @   http://www.geocities.com/giga48
Cik Hasnah bt Mohd Yusof                             http://hasmy67.tripod.com
Cik Norizan bt Hanapi                                     http://www.geocities.com/cherrytasmania
Cik Wan Rusini bt Wan Muhammad                http://www.geocities.com/warm47_2000
Puan Roswati bt Mohamad                              http://wwww.geocities.com/rusmiarisya
Persatuan Bola Jaring Setiu                              http://bolajaring.tripod.com


Sepanjang kursus, peserta telah menunjukkan minat yang mendalam bagi meneruskan projek IT Pejabat Daerah dan Tanah Setiu serta berazam untuk mengemaskinikan Homepage Pejabat Daerah dan Tanah Setiu sepertimana berikut :-

Pejabat Daerah dan Tanah Setiu                    http://pdtsetiu.tripod.com
Buletin PDTS                                                http://buletinpdts.tripod.com
Setiu Cyber Link                                           http://setiulink.tripod.com