MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT
 

Seri Langkap -17 Februari, 2000 - Majlis Pemimpin bersama rakyat di Daerah Setiu akan diadakan pada Ahad 20 Februari, 2000 bertempat di Pekan Seri Langkap Sungai Tong Setiu.   Majlis yang akan bermula pada jam 9.00 malam itu akan dihadiri oleh Ahli Majlis Masyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.  Turut hadir dalam Majlis tersebut sebagai tetamu undangan khas ialah YAB. Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat.  

Program pemimpim bersama rakyat yang pertama kali dianjurkan oleh Pejabat Daerah Setiu dengan kerjasama Kepimpinan DUN Langkap merupakan majlis yang pertama dianjurkan di daerah ini selepas kerajaan baru Negeri Terengganu di bawah kepimpinan YAB. Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang dibentuk.  Majlis ini merupakan majlis kesyukuran dan penerangan berhubung dengan isu-isu semasa yang berlaku di negeri ini dan di seluruh negara. 

Menurut jurucakap jawatankuasa penganjur adalah dianggarkan seramai 5000 orang akan hadir dalam majlis ini.  Majlis ini diharap dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim atara rakyat dan pemimpin.    

BACK