Make your own free website on Tripod.com

Majlis Pemimpin Bersama Rakayat di Kampung Merang,Setiu,Terengganu

Setiu,Khamis 11 Nov 1999 - Lebih tiga ribu penduduk Kampung Merang dan kawasan yang berhampiran membanjiri Dewan Sivik Kg.Merang sempena  Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dirasmikan oleh YAB Dato'Seri Amar DiRaja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.
marak1.JPG (57180 bytes) Ketibaan Menteri Besar Terengganu disambut oleh pemimpin-pemimpin daerah Setiu,paluan kompang dan penduduk-penduduk kampung
Para pemimpin daerah mengiringi Menteri Besar sambil YAB Menteri besar bersalaman dengan penduduk- penduduk kampung marak3.JPG (51089 bytes)
marak4.JPG (56624 bytes) YAB Menteri Besar Terengganu menyaksikan persembahan seni silat sebelum merasmikan Majlis Pemimpin bersama Rakyat di Dewan Sivik Kg.Merang
Dalam majlis itu Menteri Besar berkata pemilihan kawasan Lembah Bidong didapati lebih sesuai kerana keluasan tanah persekitarannya serta faktor yang dekat dengan Universiti Putra Malaysia di Mengambang Telipot dan pusat bandar Kuala Terengganu.Menurutnya,sebelum pembinaan kampus induk itu dilaksanakan banyak perkara yang perlu diselesaikan termasuk kajian berkaitan teknikal.
marak6.JPG (40497 bytes) Sebahagian daripada orang kenamaan daerah mengiringi Menteri Besar ke Dewan Sivik Kg.Merang.
Sebahagian daripada orang ramai yang membanjiri dewan Sivik Kampung Merang dalam majlis Pemimpin Bersama Rakyat. marak7.JPG (53141 bytes)
Dalam ucapanya Menteri Besar Terengganu memberitahu bahawa pada dasarnya kerajaan negeri telah bersetuju menyediakan kawasan seluas 480 haktar bagi membina kampus Induk Universiti Kolej Terengganu di Lembah Bidong.Menteri Besar juga berkata,selain Setiu, kerajaan negeri juga mencadangkan beberapa tempat dibeberapa daerah  untuk tujuan itu.Keputusan kerajaan negeri untuk membina kampus induk UKT di Lembah Bidong akan menjadi pemangkin kepada pembangunan daerah ini sekaligus memberi manfaat kepada penduduk daerah Setiu.
marak8.JPG (38188 bytes)

YAB Menteri Besar bersama pemimpin-pemimpin daerah Setiu didalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

YAB Menteri Besar memberikan ucapan dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Sivik Kg.Merang. marak9.JPG (36439 bytes)

home.gif (1044 bytes)