MAJLIS PERASMIAN PROJEK BAKTI SISWA OLEH
TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG, MENTERI BESAR TERENGGANU

Hulu Seladang, 2 APRIL 2000- Satu majlis perasmian "Projek Bakti Siswa Perkumpulan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) USM kampus cawangan induk telah   diadakan di Kg. Padang hari ini. Majlis yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dimulakan sebaik sahaja selesai menunaikan solat asar berjemaah yang diimamkan oleh beliau sendiri sejurus tiba di tempat perasmian. mb4.jpg (54710 bytes)
     Majlis yang diadakan secara sederhana itu  tetap meriah dengan kehadiran lebih kurang 300orang hadirin yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan penduduk kampung walaupun dalam kaadaan hujan lebat. Dalam majlis tersebut, beliau menyampaikan ucapan dan seterunya meramikan projek bakti siswa tersebut yang diadakan dari 2 hingga 9 april ini. Dalam ucapannya beliau mengajak rakyat bersyukur dengan nikmat Islam dan menjelaskan bahawa tanggungjawab seorang muslim bukan sahaja kepada perkara-perkara akhirat malah kepada masyarakat. Justeru itu, beliau menekankan pentingnya hidup bermasyarakat yang juga merupakan fitrah semulajadi manusia. Menteri Besar Terengganu,Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Mengajak masyarakat kampung mengekalkan budaya gotong royong dan hidup berjiran supaya keharmonian kampung mereka berkekalan.  Katanya,agak mendukacitakan sifat prihatin terhadap keadaan sekeliling sudah luntur dikalangan masyarakat bandar. "Kadang kala ada yang tidak mengetahui jiran sebelah rumah sakit atau meninggal dunia.Mereka sedar demikian apabila orang ramai datang kerumah jiran berkenaan"jelasnya. . Katanya lagi, kadang kala mereka rela melihat seekor anjing mati di tepi jalan berhari-hari sehingga membusuk dari berusaha menanamnya pada hal bangkai itu tidaklah sebesar mana. Katanya,sikap demikian perlu dihapuskan untuk kebaikan semua pehak.  Beliau mengambil contoh kerosakan akhlak remaja kesan daripada masyarakat yang tidak memainkan peranan dengan betul. Dalam ucapanya lagi beliau menyeru penduduk kampung agar melatih diri bergaul dengan masyarakat luar yang maju seperti mahasiswa untuk memajukan diri mereka. Beliau juga berharap agar mahasiswa dapat memainkan peranan sebenar mereka seperti menerangkan sesuatu perkara dengan jelas dan benar kepada ibu bapa angkat dan penduduk kampung amnya. Di akhir ucapannya beliau mengalu-alukan program seperti ini dan berharap ia dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang. Dalam majlis itu beliau juga telah menyampaikan cenderahati kepada tetamu terhormat dan melakukan penyerahan simbolik anak angkat kepada ibu bapa angkat mereka. Majlis yang tamat pada jam 6 petang diakhiri, dengan sedikit jamuan ringan kepada hadirin. Turut hadir di majlis tersebut ialah ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

 

Back