MB Terengganu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Melawat Ke Daerah Setiu

mbtrg.jpg (14089 bytes)

PERMAISURI  SETIU 14 Disember: Menteri Besar Terengganu  Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang baru dilantik menjadi  Menteri Besar Terengganu selepas PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10.  akan  bersama rakyat di Daerah Setiu pada 15 hb Dis 1999 iaitu hari Rabu. Mengikut maklumat yang diterima program tersebut adalah disusun oleh Pejabat Daerah Setiu sempena dengan pembukaan (bukan perasmian) mesjid baru di Bandar Permaisuri.

Programnya dalah seperti berikut:-
Selepas Solat Asyar...5.45 petang ketibaan dif-dif jemputan di kediaman Pegawai daerah Setiu. YAB Menteri Besar akan tiba pada jam 6.10 petang, seterusnya akan mengadakan tazkirah dan Berbuka Puasa  bersama tetamu serta dimajlis tersebut.
. Menurut juru cakap itu lagi YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan bersama Rakyat menunaikan Solat Isyak dan sunat Terawaih di Mesjid (Baru) Bandar Permaisuri Setiu.Selepas Solat sunat terawih YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan mengadakan majlis bersama   rakyat . Buletin PDTS difahamkan tujuan  program ini diadakan adalah untuk memulakan pengunaan mesjid Bandar Permaisuri yang baru siap dan menunaikan Jumaat di satu mesjid di Bandar Permaisuri. Masalah sembahyang Jumaat di dua tempat di Bandar ini telah berlarutan sekian lama.

                                                                   Back