Lawatan Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu Ke Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu

Setiu,Khamis, 11 Nov 1999 - Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu telah menerima kunjungan serta lawatan daripada   pegawai-pegawai dan  kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu.Lawatan ini adalah lawatan muhibbah daripada pegawai dan kakitangan PDHT disamping itu juga dapat bertukar-tukar pandangan didalam pentadbiran bagi meningkatkan pengurusan sektor awam khasnya.Dan juga dapat mengeratkan siratulrahim  diantara kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu dan kakitangan  Pejabat Daerah dan Tanah Setiu.Disamping itu juga kunjungan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu adalah bertujuan untuk meninjau dan melihat usaha-usaha kualiti dan kejayaan  Anugerah Kualiti Pejabat Daerah seluruh Malaysia yang dimenangi oleh Pejabat Daerah Setiu.

pdht2.JPG (27396 bytes) Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu   menikmati sarapan pagi sebelum bermulanya sessi penerangan taklimat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Setiu.
Sebahagian daripada kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu sedang menikmati sarapan pagi yang disediakan. pdht1.JPG (40330 bytes)
pdht5.JPG (39232 bytes) Sessi penerangan taklimat yang disampaikan oleh Encik Adzlan bin Mohd Dagang Pegawai Daerah Setiu.
Barisan pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu sedang mendengar taklimat ringkas mengenai Daerah Setiu. pdht4.JPG (35883 bytes)
pdht3.JPG (35815 bytes) Tuan Hj.A.Aziz @ Ibrahim bin Yaacob Pegawai Daerah Hulu Terengganu sedang memberi penerangan taklimat maklumbalas di Bilik Gerakan pejabat Daerah Setiu

home.gif (1044 bytes)