TUAN GURU BERSEMBAHYANG JUMAAT DI MASJID PUTERA JAYA, SETIU |
|||
Setiu- 18 Ogos- Sekali lagi Setiu dikunjungi pemimpin yang disanjungi rakyat Tuan Guru Haji Abd. Hadi bin Awang Menteri Besar Terengganu.Kunjungan ini bukanlah lawatan yang rasmi tetapi kunjungan sebagai seorang Tok Guru Agama yang disegani rakyat jelata amnya di Terengganu.Kami warga Setiu amat berbangga dengan kehadiran Tuan Guru Menteri Besar. | |||
Sebahagian daripada anggota EXCO, Yang Berhormat serta pegawai-pegawai kanan Daerah Setiu yang turut hadir |
|||
Jemaah masjid turut mengambil kesempatan bersalaman dengan Tuan Guru Menteri Besar. |
|||
Tuan Guru Menteri Besar menyampaikan Khutbah Jumaat |
|||
Kehadiran Tuan Guru ke Masjid Putera Jaya Setiu, sememangnya telah dinanti-nantikan oleh rakyat Setiu.Yang jauh dan yang dekat turut hadir untuk melihat sendiri wajah seorang Tok Guru agama yang disanjungi. | |||
Sebahagian ahli jemaah yang turut hadir |
|||
Setelah selesai bersembahyang jumaat bersama penduduk Puetra Jaya, Setiu, Tuan guru telah dibawa ke Rumah Rehat Setiu untuk menikmati jamuan tengahari yang disediakan | |||
Tuan Guru Menteri Besar menjamu selera bersama Exco,YB dan Pegawai daerah di Rumah Rehat Setiu |
|||
Antara beberapa pegawai kanan yang hadir makan tengahari bersama Tuan Guru Menteri Besar | |||
Orangramai juga turut menjamu selera |