Pegawai PDTS menghadiri seminar " Merealisasikan komitmen terhadap misi dan visi kerajaan Terengganu di ambang peralihan.

Permaisuri 16 April 2000- Tiga orang pegawai daripada Pejabat Daerah dan Tanah Setiu telah menghadiri seminar "Merealisasikan komitmen terhadap misi dan visi kerajaan Terengganu di ambang peralihan" yang dianjurkan oleh Bahagian Perjawatan Pejabat Setiausaha kerajaan Terengganu di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. Seminar yang dikendalikan oleh YB Dato' Dr Hasan b. Hj Mohd Ali turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri termasuk YB Setiausaha Kerajaan. Seminar setengah hari yang dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Haji Abd Hadi Menteri Besar Terengganu dihadiri oleh lebih seratus orang ketua jabatan telah dapat membina Komitmen baru Ketua-Ketua jabatan terhadap misi dan visi kerajaan Terengganu Yang Baru. Mereka ialah PPD, PPT I dan PPT II.

Terdahulu daripada itu YAB Menteri Besar mengatakan kewajipan membentuk negara Islam, sama sepertimana tuntutan melaksanakan ibadat yang lain. Tetapi kesedaran itu telah luput daripada masyarakat Islam akibat daripada pengaruh sekularisma Barat.

Dalam seminar tersebut YB Dr Hasan Hj Ali telah membentangkan dua kertas yang bertajuk :-
i. Misi dan Visi Kerajaan Negeri Terengganu yang Baru : Respon positif warga kerja kerajaan.
ii. Melahirkan warga kerja kerjaan negeri yang berprestasi tinggi.

Didalam pembentangan yang pertama beliau telah meminta peserta seminar untuk menghayati misi dan visi kerajaan negeri Terengganu yang baru, Untuk membentuk sikap bertugas lebih positif dikalangan tenaga kerja, Untuk memberi kesedaran mengenai betapa Pentingnya dipertingkatkan Produktiviti dan Mutu kerja sebagai langkah memperkukuhkan Pentadbiran negeri Untuk memberi rangsangan supaya setiap Tenaga kerja kerajaan negeri menjalankan tugas dengan penuh komitment dan dedikasi

Untuk memberi kesedaran yang mendalam Tentang pentingnya memiliki ‘mindset’ bahawa Kerja itu tidak semata-mata menghadirkan diri di tempat kerja tetapi lebih kepada memperolehi kerahmatan, keberkatan dan keredhaan Allah Swt..

Kertas yang kedua bertajuk :- "Melahirkan warga kerja kerajaan Negeri berprestasi tinggi" Ianya merangkumi Keperluan melahirkan warga kerja berjiwa besar Kecintaan meningkatkan prestasi kerja sebagai agenda utama warga kerja negeri Terengganu. Menanamkan semangat dan kecintaan kepada kerja berprestasi tinggi, menjalankan kerja sebagai ibadah, menjadi pemangkin kepada minat dan rangsangan untuk setiap masa melahirkan tugas berprestasi tinggi dan persekitaran yang membantu mengujudkan semangat seronok bekerja.

                                                                                                     ......... Berita Buletin PDTS