MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

stong10.jpg (31515 bytes) stong.jpg (35021 bytes)
Seri Langkap 20 Februari, 2000 YAB menteri Besar Kelantan mengingatkan penduduk Setiu supaya memelihara anugerah Allah dengan baik di dalam amanatnya di majlis pemimpin Bersama Rakyat Peringkat Daerah Setiu malam tadi.  Beliau juga mengajak kaum muslimin dan muslimat mensyukuri nikmat yang paling besar ialah nikmat iman dan islam.

stong1.jpg (21950 bytes)

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat,berkata pelbagai masalah yang dihadapi umat Islam di negara ini, termasuk perpecahan disebabkan fahaman politik yang berbeza, dapat diselesaikan jika pemimpin Umno sanggup menerima al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan. Beliau berkata, pemimpin Umno dan PAS perlu mengadakan muzakarah dan menjadikan al-Quran dan al Hadis sebagai rujukan mereka bagi menentukan kebenaran, bagi kepentingan umat Islam.

"Sejak dulu lagi kita (pemimpin PAS) menganjurkan supaya muzakarah diadakan bagi menyelesaikan pelbagai masalah dan rasa tidak puas hati antara kedua-dua pihak. "Dan dalam muzakarah itu kita perlulah merujuk kepada al Quran dan al Hadis yang menjadi sumber rujukan umat Islam," katanya. Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata pemimpin PAS mahu muzakarah diadakan supaya mereka dapat mengetahui bahagian ajaran agama mereka yang dikatakan menyeleweng daripada akidah Islam.

Beliau berkata, tindakan sesetengah pemimpin Umno melemparkan tuduhan kononnya pemimpin PAS menyeleweng daripada Islam adalah tidak wajar kerana ia tidak bersandarkan kepada bukti yang kukuh. Selain itu, katanya, Terengganu yang kini sudah berada di bawah pentadbiran PAS dan Parti Alternatif akan menjadi rujukan kepada negeri lain kerana lebih banyak program berasaskan Islam dilaksanakan. "Sebelum ini Kelantan menjadi rujukan negeri lain kerana banyak program yang berpandukan ajaran Islam dan tidak bercanggah dengan syariah dilaksanakan selepas PAS memerintah Kelantan," katanya.

Beliau turut meminta rakyat supaya bersabar dan memberi masa kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan pelbagai program seperti yang terkandung dalam manifesto pilihan raya.
stog3.jpg (31461 bytes) Terdahulu daripada itu di dalam majlis yang sama wakil Menteri Besar YB Haji Hussin bin Awang Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu tetap akan menunaikan janji dalam menifesto yang lalu.   Beliau berharap rakyat dapat bersabar.  Beliau juga menegaskan kerajaan negeri tetap akan menghalang kegiatan penerokaan tanah selepas pembentukkan pilihanraya.   Tunggulah kerajaan akan tetap berusaha berlaku adil kepada setiap rakyat.
stong6.jpg (28325 bytes) stog3.jpg (31461 bytes)
Turut berucap dalam majlis tersebut Ustaz Haji Abu Bakar Chik Exco yang bertanggungjawab terhadap Daerah Setiu.  Beliau merakankan ribuan terima kasih kepada semua petugas-petugas yang telah memberikan pengorbanan yang tidak terhingga sehingga kerajaan baru dibentuk selepas pilihanraya yang lalu. Kemenangan ini seharusnya dilihat sebagai amanah yang dipertanggungjawabkan untuk membela rakyat dan menegakan keadilan.    Majlis Pemimpin Bersama Rakyat merupakan perhimpunan yang pertama kali dianjurkan di peringkat Daerah Setiu selepas pembentukan kerajaan baru di bawah pimpinan baru Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang. Ia bertujuan untuk merapatkan hubungan yang akrab diantara pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dengan rakyat.  Majlis ini turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan di daerah Setiu.  
stong5.jpg (34186 bytes) stong8.jpg (34094 bytes)
Majlis dimulakan dengan En. Mazlan bin Ibrahim iaitu johan Qari peringkat Negeri Terengganu 1999 yang juga merupakan pemenang peringkat ke 3 peringkat kebangsaan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. stong2.jpg (22481 bytes)
Dalam majlis yang sama tuan rumah YB. Tuan Haji Mohamad bin Hitam ADUN Langkap mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu yang diundang khas dan juga orang ramai dengan mengimbas kembali perjuangan semasa kempen pilihanraya yang lalu. Beliau sekali lagi mengingatkan kita tidak seharusnya terlupa kepada asas perjuangan kita yang sama-sama diperjuangkan.  stong7.jpg (37079 bytes)
stong4.jpg (27319 bytes) stong11.jpg (35397 bytes)

BACK