Reemeli Awang Teh johan tilawah

Setiu 22 Julai 2000- Reemeli Awang Teh dari Pekan Sungai Tong muncul sebagai qari terbaik dalam majlis tilawah al-quran peringkat Daerah Setiu.

Pada majlis yang diadakan di Masjid Bandar Permaisuri itu malam semalam, tempat kedua disandang oleh Zakaria Awang dari Kampung Payong Baru. Seramai lima peserta kesemuanya qari telah mengambil bahagian dalam tilawah tersebut yang buat pertama kalinya tidak lagi melibatkan qariah.

Tiga peserta lain mendapat hadiah sagu hati ialah Abdul Ghani Ismail dari JKR Setiu, Ghazali Awang dari Kampung Langkap dan Mohd Ayob Hamzah dari Kampung Pak Kancil.

Pada ujian tilawah tahun ini , johan menerima hadiah wang tunai RM 500.00serta piala pusingan, naib johan RM 400.00 dan sagu hati RM 200.00 setiap seorang. Perasmian dan dan penyampaian hadiah dilakukan oleh YB Ustaz Abu Bakar Chik, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.