Make your own free website on Tripod.com

PERTUKARAN PEGAWAI PEJABAT DAERAH SETIU

31.05 2000 - Majlis perpisahan yang melibatkan pertukaran beberapa pegawai akan diadakan pada hari ini jam 10 pagi bertempat di bilik syarahan PDTS. Pertukaran pegawai ini melibat 2 orang pegawai kanan Pejabat Daerah Setiu iaitu Tuan Haji Wan Mustafa bin Wan Hasan, selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah yang akan ditukarkan ke Pejabat Daerah Kemaman.Penolong Pegawai Daerah 1 iaitu En. Wan Ahmad bin Wan Muda akan ditukarkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kuala Terengganu. Sementara itu juga seorang Juruteknik Pejabat Daerah Setiu iaitu En. Hasdi bin Abd. Rahman akan bertukar ke Jabatan Kerja Raya Daerah Setiu. Majlis ini turut meraikan seorang pegawai kanan Pejabat Tanah Setiu yang akan bersara iaitu Tuan Haji Wan Abd. Majid bin W. Abdullah iaitu selaku Ketua Penolong Pentadbir Tanah yang akan bersara pada 2 Jun 2000.

Berikut adalah atucara   pada majlis  tersebut :
-Majlis Perpisahan Pertukaran Pegawai ini di pengerusikan oleh Tuan Haji  Hasan bin hj. Karim.

-Ucapan wakil kakitangan Daerah Setiu yang akan disampaikan oleh Tuan Hj. Abdullah bin Mat

-Ucapan wakil kakitangan Pejabat Tanah akan disampaikan oleh En.
En.Ghani bin Mahamud

-Ucapan wakil Kelab KESUNTI iaitu  Setiausaha Kelab, En. Jahani bin Ismail.

-Ucapan oleh dif-dif yang dirai :
Tuan Haji Wan Mustafa b. Wan Hasan
Tuan Haji Abd. Majid bin Wan. Abdullah
En. Wan Ahmad bin Wan Muda
En. Hasdi bin Abd Rahman

-Ucapan terahkir oleh Pegawai Daerah Setiu En. Adzlan b. Mohd Dagang. 
-Pencapaian cenderamata kepada dif-dif yang dirai.

-Majlis diahkiri dengan bacaan doa oleh Tuan Hj. Abdullah b. Mat.

-Jamuan Tengahari

Back