Make your own free website on Tripod.com
buletinpdts

Majlis Perpisahan Encik Adzlan bin Mohd Dagang & Encik Jahani bin Ismail

Setiu-13 Ogos - Satu Majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan Pertukaran Pegawai Daerah dan Penolong Pentadbir Tanah 1 Setiu yang dianjurkan oleh kelab KESUNTI.Tuan Pegawai Daerah Encik Adzlan bin Mohd Dagang akan bertukar ke Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu (PTG) dan Encik Jahani bin Ismail PPT 1 akan bertukar ke INTAN Kemamam.Majlis bagi meraikan pegawai yang akan bertukar telah diadakan di Bilik Syarahan Pejabat Daerah Setiu yang dihadiri oleh kakitangan PDTS.

azmi.gif (39175 bytes)
Pemangku Yang Di Pertua KESUNTI menyampaikan ucapan

Majlis ini dimulakan dengan ucapan Pemangku YDP KESUNTI Encik Azmi bin Razik yang menyentuh tentang pertukaran adalah perkara biasa bagi seseorang penjawat awam dan diikuti oleh ucapan daripada wakil kakitangan PDTS Encik Aziz bin Yahya dan Encik Wan Nasir bin Wan Ahmad serta pegawai yang akan bertukar

do1.gif (24934 bytes)

Amanat terakhir yang disampaikan oleh Pegawai Daerah kepada kakitangan PDTS

aziz (25732 bytes)nasir3.gif (16162 bytes)

Wakil kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah sedang memberikan ucapan


Sementara itu, dalam ucapan  terakhir kepada kakitangan,  Penolong Pentadbir Tanah 1 Setiu, yang berjaya membangunkan budaya IT di Pejabat Daerah Setiu mengigatkan kakitangan supaya meningkatkan kemahiran dalam bidang komputer  yang mana bidang ICT ini akan terus berkembang dari masa ke semasa dan meminta supaya kakitangan PDTS sama-sama mempelajari komputer untuk kemajuan dan tidak ketinggalan dalam dunia IT hari ini.   Jasa bakti beliau kepada PDTS tidak ternilai harganya dan pertukaran beliau merupakan satu kehilangan yang besar terutamanya dalam dunia IT.

jahani2.gif (18095 bytes)

Pertukarannya.....satu kehilangan yang besar kepada PDTS
( JAHANI ISMAIL)

ktangan.gif (28079 bytes)ktangan1.gif (28599 bytes)

kakitangan PDTS yang hadir pada majlis tersebut

Kami dari Unit Multimedia mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pegawai Daerah yang begitu komitted terhadap tugas dan contoh kerja yang patut dicontohi oleh kakitangan dan juga PPT 1, terima kasih, anda adalah guru kami,pertukaran anda satu kehilangan yang besar bagi unit kami dan jasamu tetap dikenang keakhirnya.Tidak ternilai harganya.

mata8.gif (47176 bytes)

Pegawai yang diraikan menerima cenderahati

Diakhir majlis itu  Encik Azmi Razik menyampaikan cenderahati tanda ingatan kepada 2 orang pegawai yang bertukar dan bacaan doa,  majlis turut  menjemput semua kakitangan PDTS ke jamuan makan tengahari yang disediakan . Dalam majlis ini juga kakitangan mengambil kesempatan bermaafan dengan Pegawai Daerah dan Penolong Pentadbir Tanah 1 .

salam7.gif (35019 bytes)

kemesraan  jelas terbayang antara pegawai dan kakitangan PDTS

jamu.gif (29674 bytes)jamu9.gif (22002 bytes)jamu1.gif (31381 bytes)

jamuan yang disediakan oleh Kelab KESUNTI

back