PROJEK BAKTI SISWA PERMATA USM DI KG PADANG, HULU SETIU |
|||
Perkumpulan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan satu program masa cuti iaitu projek bakti siswa bertempat di Kg Padang. Program yang berlangsung selama seminggu iaitu bermula dari 2 April hingga 9 April 2000 disertai oleh 27 orang Mahasiswa dari USM kampus cawangan induk dan ia merupakan projek baktisiswa USM yang pertama pada alaf ini. | |||
Menurut
pengarah projek bakti siswa ini, program ini adalah di bawah naungan Yang Amat Berhormat
Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (Menteri Besar Terengganu).Badan-badan kerajaan negeri
iaitu Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga turut memainkan peranan mereka
iaitu dengan memberi sumbangan berbentuk wang tunai dan barang-barang keperluan dapur
kepada peserta projek ini bagi memastikan kelancarannya.Tujuan utama program bakti siswa
di adakan adalah untuk menjadikan
|
-mahasiswa yang dilabelkan sebagai ejen
perubahan menjadi pemangkin kepada peningkatan taraf hidup penduduk luar bandar selaras
dengan kehendak proses pembelajaran yang bukan hanya tertumpu di dalam bilik
kuliah semata-mata. Bahkan dapat menyesuaikan diri di dalam semua aspek kehidupan seperti
kemasyarakatan. Pelbagai aktiviti telah disusun antaranya program kesihatan, kelas komputer, program motivasi, ceramah kekeluargaan, majlis dialog dengan kerajaan negeri dan lain-lain lagi. Apa yang menarik perhatian di dalam program ini ialah majlis dialog dengan kerajaan negeri. Majlis ini telah berlangsung pada 5 April 2000 pukul tiga petang bertempat diperkarangan masjid kampung padang. Antara isu yang menarik ialah perbincangan pelajar dengan kerajaan negeri mengenai pembangunan sekitar Hulu Seladang.
|